Tuesday, July 5, 2011

Sweetnya perkahwinan dia


Baru tengok gambar sahabat saya dan isterinya di fb. Dia baru berkahwin. Gambar kemesraan mereka berdua dengan cara yang syarak untuk ditunjukkan kepada tatapan umum sangat menarik dan sweet. Pandai sahabat saya, post gambar tertentu antara mereka berdua dengan tujuan tersirat. Tujuan dakwah. Menunjukkan betapa manisnya perkahwinan, betapa seronoknya perkahwinan, betapa manisnya perhubungan lelaki dan wanita dengan mengikut cara syarak.

Hari tu dapat jemputan perkahwinannya juga agak mengejutkan. Tak sangka tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba dah nak berkahwin, padahal baru sahaja dapat kerja tetap. Saya yakin beliau telah membuat persediaan dari awal lagi, menjaga agamanya dengan baik, menuntut ilmu rumah tangga sebaiknya, berusaha sebaiknya mengelak hubungan yang tak diredhai syarak. Saya yakin antara usaha mujahadahnya dari awal adalah dengan membuat persediaan untuk berkahwin dari awal. Mungkin ketika itu dia belum pun ada calon. Ketika orang muda lain menghabiskan duit dengan bercouple. Berborak di telefon lama-lama, bermesej-mesej setiap hari, berdating, menghabiskan wang ringgit untuk membeli hadiah buat kekasih, menghabiskan duit belanja kekasih makan dan menonton wayang..Beliau menyimpan duit untuk berkahwin. Mengabaikan cara yang tidak syarak seperti saya nyatakan sebelum ni, yang mana cara tu bukan mengeratkan lagi hubungan antara lelaki dengan perempuan yang dikasihi, sebaliknya bagi saya menjauhkan lagi hubungan mereka berdua. Mana taknya, di samping menjauhkan hubungan mereka berdua dengan Allah, ia juga mempamerkan sikap tidak sayang diri masing-masing kepada pasangan masing-masing. Membazirkan masa pasangan yang sepatutnya digunakan untuk perkara berfaedah seperti meningkatkan kualiti diri dengan membaca, menuntut ilmu atau bekerja dengan lebih baik dan lebih fokus untuk masa depan bersama.

Hehe..kan bagus kalau aku juga seorang yang dari awal lagi mendapat kesedaran seperti sahabat ni. Mungkin aku juga dah berkahwin waktu ni. ^_^

Takpa, mari kita teruskan usaha! Usaha utnuk mendapatkan perhubungan yang diizinkan syarak..melalui perkahwinan.

Starlight.

No comments:

Post a Comment