Wednesday, July 6, 2011

Kenapa murung dek kegagalan diri?


Kadangkala diri menjadi murung dek azam untuk berubah tak dapat dipenuhi dengan baik. Kesilapan sama seringkali berulang-ulang dilakukan. Pernah baca, kalau lepas taubat kita masih melakukan kesilapan sama, bermakna kita taubat main-main. Oh, adakah aku main-main?

Adakah aku letakkan standard yang terlalu tinggi untuk diri aku? Oh, kalau difikirkan dari satu sudut, ya la..mestila aku kena letak standard tinggi sebab matlamat aku syurga kan? Syurga yang sangat berharga yang tak dapat dibayar dengan dunia dan seisinya. Hanya dapat diperoleh dengan rahmat dan keredhaan Illahi. Tapi ada sesetengah orang kata, bila kita letak standard terlalu tinggi, kelak kita akan berputus asa. Em, lagi teruk kan?

Solution? Oh ya..teringat la bila baca dan dengar ceramah motivasi sebelum-sebelum ni. Apa kata kita letak standard yang lebih rendah, yang tak terlalu rendah tapi tak terlalu tinggi, tapi dapat dicapai jika berusaha dengan bersungguh-sungguh. Lepas da tercapai standard tu, tetapkan standard yang lebih tinggi pula kan.

Ya la, macam kita target untuk tingkatkan ibadah, apa kata kita mulakan dengan konsisten dengan satu ibadah dulu, walau sedikit tapi konsisten. Bukankah dalam Islam diajar lagi bagus konsisten melakukan ibadah yang sama walau sedikit daripada melakukan banyak sekaligus tapi tak dapat konsisten dengannya. Dah tentu saya maksudkan ibadah sunat. Ibadah wajib dah tentu tak boleh ditinggalkan langsung.

Ish, kalau ikutkan target diri sebagai muslim..sebagai lelaki muslim..Dah tentu nak..
1. Jaga solat. Solat awal waktu. Tingkatkan kualiti solat..Khusyuk..Solat secara berjemaah.
2. Istiqamah dengan amalan zikir dan istighfar.
3. Istiqamah laksanakan solat sunat..macam yang bertaraf sunat muakkad seperti solat sunat sebelum dan selepas solat. Solat sunat yang sangat dituntut seperti solat witir. Solat taubat.
4. Istiqamah solat tahajud & bangun qiamullail.
5. Kukuhkan benteng diri dari dosa..Dosa mata..mulut..telinga
6. Dan banyak lagi..hehe

Dah tentu teringin dapat rasa Halawatul Iman..Teringin rasakan cinta Illahi padaku dan teringin capai rasa cinta yang mendalam pada Illahi.

Eh, nak dekat Ramadhan dah la. Agak-agak Ramadhan kali ni dapat tak latih diri untuk capai standard-standard sebagai mukmin yang sebenar-benar mukmin. Yang benar-benar beriman..dan beramal soleh..

Hopefully..dapat sampai ke Ramadhan tahun ni. Dan mudah-mudahan jika perubahan dapat berlaku dan sirangsang pada Ramadhan kali ni, ia dapat dikekalkan selepas Ramdhan juga.

No comments:

Post a Comment