Semalam dapat download banyak talk Prof Dr. Muhaya dari salah satu slot di radio IKIM.fm..so, malam semalam dan hari ni dapat dengar talk Dr. Muhaya berkaitan banyak tajuk. Bagus talk dia. Berfalsafah, bermotivasi..dan banyak menyentuh perkara berkaitan tasawuf. Lepas dengar talk Dr. semalam rasa bermotivasi tinggi, fikiran rasa berputar-putar ligat..sampai tak boleh nak tidur.hehe..
Bagus pendekatan Dr. Muhaya. Actually dia nak ajak kita mendekati Allah dan memahami dan menghayati ajaran Islam sebaiknya dalam kehidupan kita. Banyak juga la teguran secara tak langsung dan pengajaran yang aku dapat dari talk dia.
Disedarkan dan diingatkan tentang sifat-sifat mazmumah yang tak patut ada dalam diri, diingatkan tentang sifat redha dan lain-lain.
Antara yang aku rasa nak kongsikan adalah tentang apa yang Dr. kata, jangan gali kubur..
jangan gali kubur sendiri..jangan gali kubur orang lain..
Dr. bayangkan satu cerita sebegini..Bayangkan kubur yang ditanam mayat berpuluh tahun..berbelas tahun..kemudian kita gali dan ambik mayat tu jual..macam mana kita rasa..tentu kita rasa perbuatan tu sangat teruk..
Dr. gunakan cerita tu sebagai tamsilan..kesilapan lama, kegagalan lama, kesalahan lama..tak perlu diungkit lagi..tak perlu diingat-ingatkan lagi..yang dah berlalu beberapa tahun lepas, kenapa mesti nak diingatkan dan diungkitkan lagi..hanya menyebabkan berterusannya rasa sedih, rasa bersalah..berterusan..menyebabkan kita tak dapat jalani hidup sebaik mungkin..mungkin menganggu prestasi kita..yang dah lepas, lepas..kalau orang da berubah sekarang, tak perlu nak diungkitkan lagi kesilapan dan kesalahan lamanya, terima dirinya yang baru.
Kalau kita sedang mengejar kejayaan, tak perlu kita nak berkeluh kesah dan tak yakin diri lagi disebabkan kegagalan lama, ambil sebanyak mungkin pengajaran, then teruskan pecutan ke arah kejayaan.
Dr. kata 3M yang kita kena elakkan..iaitu Mengeluh, Menyesal, Merungut..menyesal dengan dosa boleh, tapi bukan bermaksud menyesal tak sudah-sudah..Allah Maha Pengampun.
Wah, a lot of motivation can get from Dr. Muhaya talk. Saya doakan Dr. Muhaya panjang umur dan dapat terus istiqamah dalam usaha dakwahnya.
Dari talk Dr. Mohaya..terasa nak beli buku ringkasan Riyadhul Solihin oleh ustaz Zahazan dan buku perbahasan kitab al-Hikam.
Boleh dengar talk Prof Dr. Muhaya kat link IKIM ni.
No comments:
Post a Comment