Wednesday, July 20, 2011

Bersenam, Honeymoon, Puasa


Hari ni senaman..motivated daripada sahabat yang sangat menjaga kesihatan termasuk dengan bersenam. Nak joging petang tadi tertinggal kasut kat satu lokasi yang jauh lak, jadi jalan laju ja la beberapa kilometer. Tapi berjalan laju ni lambat ye nak berpeluh, tak macam berlari..tambahan lagi kat tempat sejuk ni. Tak hilang penat lagi bersenam ringan, housemate ajak p main futsal lak. So, p ja la. Bukan selalu dapat peluang beriadah dan bersosial dengan masyarakat kat sini.hehe..

Tak pandai main pun, first time main kat tempat sejuk. Malam, lagi la sejuk. Peluh keluar, tapi persekitaran yang sejuk buatkan badan aku sejuk. Salam dengan orang masa berkenalan lepas main tadi pun ditegurnya saya..sejuknya tangan..he..badan saya memang macam ni.

Alhamdulillah dapat riadah. Apa kata kekalkan konsistensi beriadah/bersenam sekurang-kurangnya seminggu sekali..joging sat ka. Kalau ikut yang biasa disyorkan seminggu dua kali. Kalau susah kat rumah pun boleh bersenam..Naik tangga laju-laju ka..hehe..Azam-azam..Nak jadi pejuang agama kena la punyai badan yang sihat kan? Kalau kesihatan tak jaga, makan main ikut dan ja, tak bersenam..Macam mana nak kerahkan kekuatan badan di jalan agama.

Balik tadi terfikir, rasa macam nak pegi umrah la..dari aritu terfikir..nak ziarah Nabi..nak p Kaabah..Nak buat haji mahal sangat, umrah murah sikit kan. Tapi ada kawan kata haji yang lebih utama, tapi kalau nak pegi haji lambat lagi la kan. Bila pikir-pikir pasal kawen (orang muda la katakan, Nabi suruh orang muda yang mampu, supaya berkawen, kalau tak berpuasa), apa kata honey moon kat Madinah atau Mekah atau dua-dua sekali? Eh, boleh ka baru kawen p buat umrah? Em, bukan apa, kadang-kadang rasa macam rindu nak jumpa/ziarah kekasih Allah..Bila teringatkan pengorbanan dan susah payah baginda kepada kita umatnya. Apa salahnya bawak sayap kiri saya ziarah Nabi kan..teringin ja la, tapi macam tak berkemampuan ja..~.~

Minggu depan dah nak puasa kan? Nak balik kampung la, puasa pertama kat kampung. Hope boleh cuti. =)

Starlight.

Monday, July 18, 2011

One step past by..Another step..forward


Baru balik dari daerah sana semalam. Dalam 3-4 jam perjalanan. Ada urusan sikit. Sempat jumpa dan bersama sahabat-sahabat. Lama tak jumpa mereka setelah 2 bulan lebih aku berpindah ke sini untuk bekerja. Jarak yang jauh tak mengizinkan aku kerap ziarah mereka.

Seronok lebih-lebih lagi bila dapat jumpa sahabat yang dirindu. Sahabat yang kadangkala kuanngap seperti abangku. Sahabat yang sangat mahu aku contohi sahsiah dirinya. Istiqamahnya dalam ketaatan pada agama dan disiplin dirinya. Sikap sabar, sentiasa berbaik sangka dan kata-kata dan tindakan yang penuh hikmah sentiasa berjaya melembutkan hatiku, mentarbiah diriku..Tindakan dan kata-katanya kadangkala berjaya memberi nasihat dan tarbiah kepada diriku secara tak langsung. Benar katanya, dakwah terbaik adalah dengand iri kita sendiri melaksanakan dan menjadi contoh yang baik.

Hari ni aku rasa sunyi di sini. Tanpa sahabat-sahabat. Di sini tiada sahabat seperti di sana. Yang dengan ada nya mereka aku dalam masa yang sama terjaga. Di sini aku sendiri perlu menjaga..Tanpa mereka bersama-sama saling menjaga.

Rindu kalian.

Rindu daerah sana. Tak apa la. Aku dihantar ke sini mungkin sebagai daerah ujian buat diriku, daerah latihan buat diriku, daerah aku perlu melaksanakan tangungjawab yang mungkin tidak aku perolehi jika aku berada di daerah sana. Daerah yang bakal memberi kekuatan pada diriku bila aku berjaya menghadapi setiap ujian dan cabaran.

Moga aku kuat. Syukur. Ziarah beberapa hari mengembalikan serba sedikit kekuatanku yang sebelumnya semakin berkurang.

One step past by..Another step..forward.

Starlight.

Wednesday, July 6, 2011

Kenapa murung dek kegagalan diri?


Kadangkala diri menjadi murung dek azam untuk berubah tak dapat dipenuhi dengan baik. Kesilapan sama seringkali berulang-ulang dilakukan. Pernah baca, kalau lepas taubat kita masih melakukan kesilapan sama, bermakna kita taubat main-main. Oh, adakah aku main-main?

Adakah aku letakkan standard yang terlalu tinggi untuk diri aku? Oh, kalau difikirkan dari satu sudut, ya la..mestila aku kena letak standard tinggi sebab matlamat aku syurga kan? Syurga yang sangat berharga yang tak dapat dibayar dengan dunia dan seisinya. Hanya dapat diperoleh dengan rahmat dan keredhaan Illahi. Tapi ada sesetengah orang kata, bila kita letak standard terlalu tinggi, kelak kita akan berputus asa. Em, lagi teruk kan?

Solution? Oh ya..teringat la bila baca dan dengar ceramah motivasi sebelum-sebelum ni. Apa kata kita letak standard yang lebih rendah, yang tak terlalu rendah tapi tak terlalu tinggi, tapi dapat dicapai jika berusaha dengan bersungguh-sungguh. Lepas da tercapai standard tu, tetapkan standard yang lebih tinggi pula kan.

Ya la, macam kita target untuk tingkatkan ibadah, apa kata kita mulakan dengan konsisten dengan satu ibadah dulu, walau sedikit tapi konsisten. Bukankah dalam Islam diajar lagi bagus konsisten melakukan ibadah yang sama walau sedikit daripada melakukan banyak sekaligus tapi tak dapat konsisten dengannya. Dah tentu saya maksudkan ibadah sunat. Ibadah wajib dah tentu tak boleh ditinggalkan langsung.

Ish, kalau ikutkan target diri sebagai muslim..sebagai lelaki muslim..Dah tentu nak..
1. Jaga solat. Solat awal waktu. Tingkatkan kualiti solat..Khusyuk..Solat secara berjemaah.
2. Istiqamah dengan amalan zikir dan istighfar.
3. Istiqamah laksanakan solat sunat..macam yang bertaraf sunat muakkad seperti solat sunat sebelum dan selepas solat. Solat sunat yang sangat dituntut seperti solat witir. Solat taubat.
4. Istiqamah solat tahajud & bangun qiamullail.
5. Kukuhkan benteng diri dari dosa..Dosa mata..mulut..telinga
6. Dan banyak lagi..hehe

Dah tentu teringin dapat rasa Halawatul Iman..Teringin rasakan cinta Illahi padaku dan teringin capai rasa cinta yang mendalam pada Illahi.

Eh, nak dekat Ramadhan dah la. Agak-agak Ramadhan kali ni dapat tak latih diri untuk capai standard-standard sebagai mukmin yang sebenar-benar mukmin. Yang benar-benar beriman..dan beramal soleh..

Hopefully..dapat sampai ke Ramadhan tahun ni. Dan mudah-mudahan jika perubahan dapat berlaku dan sirangsang pada Ramadhan kali ni, ia dapat dikekalkan selepas Ramdhan juga.

Tuesday, July 5, 2011

Sweetnya perkahwinan dia


Baru tengok gambar sahabat saya dan isterinya di fb. Dia baru berkahwin. Gambar kemesraan mereka berdua dengan cara yang syarak untuk ditunjukkan kepada tatapan umum sangat menarik dan sweet. Pandai sahabat saya, post gambar tertentu antara mereka berdua dengan tujuan tersirat. Tujuan dakwah. Menunjukkan betapa manisnya perkahwinan, betapa seronoknya perkahwinan, betapa manisnya perhubungan lelaki dan wanita dengan mengikut cara syarak.

Hari tu dapat jemputan perkahwinannya juga agak mengejutkan. Tak sangka tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba dah nak berkahwin, padahal baru sahaja dapat kerja tetap. Saya yakin beliau telah membuat persediaan dari awal lagi, menjaga agamanya dengan baik, menuntut ilmu rumah tangga sebaiknya, berusaha sebaiknya mengelak hubungan yang tak diredhai syarak. Saya yakin antara usaha mujahadahnya dari awal adalah dengan membuat persediaan untuk berkahwin dari awal. Mungkin ketika itu dia belum pun ada calon. Ketika orang muda lain menghabiskan duit dengan bercouple. Berborak di telefon lama-lama, bermesej-mesej setiap hari, berdating, menghabiskan wang ringgit untuk membeli hadiah buat kekasih, menghabiskan duit belanja kekasih makan dan menonton wayang..Beliau menyimpan duit untuk berkahwin. Mengabaikan cara yang tidak syarak seperti saya nyatakan sebelum ni, yang mana cara tu bukan mengeratkan lagi hubungan antara lelaki dengan perempuan yang dikasihi, sebaliknya bagi saya menjauhkan lagi hubungan mereka berdua. Mana taknya, di samping menjauhkan hubungan mereka berdua dengan Allah, ia juga mempamerkan sikap tidak sayang diri masing-masing kepada pasangan masing-masing. Membazirkan masa pasangan yang sepatutnya digunakan untuk perkara berfaedah seperti meningkatkan kualiti diri dengan membaca, menuntut ilmu atau bekerja dengan lebih baik dan lebih fokus untuk masa depan bersama.

Hehe..kan bagus kalau aku juga seorang yang dari awal lagi mendapat kesedaran seperti sahabat ni. Mungkin aku juga dah berkahwin waktu ni. ^_^

Takpa, mari kita teruskan usaha! Usaha utnuk mendapatkan perhubungan yang diizinkan syarak..melalui perkahwinan.

Starlight.

Monday, July 4, 2011

30 km/j


Ada satu perkara yang sering bermain di fikiran saya bila saya memandu. Ia bermula sejak saya ambil lesen kereta dulu. Ada satu peraturan jalan raya. Bila tiba di kawawasan sekolah kita kena memandu pada kelajuan 30km/j. Waktu ambil lesen kereta tu memangla kena ikut peraturan tu. Bila tiba di kawasan sekolah terpaksa perlahankan kenderaan. 30 km/j tu sangat perlahan. Bagi saya bagus untuk keselamatan pelajar-pelajar sekolah, tapi bila saya dah dapat lesen memandu, dan memandu di kawasan sekolah, tak pernah pula saya lihat ada kereta yang dipandu dengan kelajuan tu. Mungkin hanya pada waktu pelajar balik sekolah ja la.

Mungkin saya agak lurus atau mungkin saya tak faham peraturan tu. Adakah dalam peraturan tu dinyatakan sepanjang masa perlu memandu pada kelajuan 30km/j atau pada waktu budak balik sekolah ja? Sebab kadang-kadang saya konfius, dek bimbangkan speedtrap polis bila balik dari kampung, saya kadang-kadang terfikir jika saya tak boleh melebihi had laju seperti yang ditunjukkan setiap papan tanda, bagaiman agaknya dengan had laju di kawasan sekolah ya? Mana tau polis tiba-tiba buat speedtrap kat kawasan sekolah, mesti ramai yang kena saman kan.

Saja stimulate fikira sikit.huhu

Starlight.

Sunday, July 3, 2011

Kenangan


Kenangan merupakan satu kejadian yang pernah menimpa diri seseorang. Sering orang katakan, kenangan itu tak dapat dilupakan. Sebenarnya kenangan memang tak dapat dilupakan kerana ia merupakan perkara yang tersimpan dalam memori manusia yang normal. Lainla kalau seseorang manusia tu nyanyuk. Kalau nyanyuk pun mungkin memori atau kenangan itu masih ada tersimpan di celah-celah neiron otak diri manusia itu, cuma tak di rangsang ja bahagian otak yang mempunyai kenagan tu. Mungkin la.

Seseorang yang punyai kenangan yang menyedihkan atau kenangan hitam ada yang pasti berkata. Aku mahu lupakan kenangan tu. Kenapa aku tak dapat lupakan kenangan tu? Dan ada yang berterusan sedih atau berduka bila teringatkan kenangan tu. Seperti saya katakan tadi, sekiranya anda manusia normal, pasti anda takkan dapat lupakan kenangan yang pernah menimpa anda.

Contohnya, orang yang kematian insan tersayang, tak dapat lupakan kenangan bersama mereka ketika mereka masih hidup..Saya percaya, sekiranya anda pernah hadapi situasi ini dan anda adalah seperti kebanyakan orang, pasti ketika kenangan itu datang, hati terasa sayu, diri terasa sedih, mahu seperti masa diputarkan kembali, mahu seperti kembali ke masa lalu. Ah, itu semua khayalan dan mimpi yang cuba anda wujudkan bagi menghilangkan perasaan yang anda rasa bila kenangan itu datang. Padahal ia mustahil. Dan padahal ia akan hanya menambahkan kesedihan yang anda hadapi. Bila anda juga akan berfikir..oh, kenapala dulu aku tak buat begini dan begitu..Oh, kenapa la jadi begitu? Betul tak yang saya katakan?

Ada orang cakap, kenangan lama yang dia lalui dah dapat dia lupakan. Pada saya dia menipu atau menipu dalam tak sedar. Mustahil dia lupakan, cumanya ayat sebegitu normal atau seringkali digunakan oleh seseorang yang dah dapat menerima kejadian yang menimpa dirinya, dapat redha dengan apa yang telah berlaku pada dirinya dan telah dapat melaksanakan cara atau aktiviti baru yang menyebabkan nilai kenangan itu kepadanya berkurang sedikit berbanding aktiviti/cara atau kenangan baru yang sedang dibentuk sekarang. Gabungan redha/menerima perkara yang telah berlaku sebagai sesuatu yang dah berlalu dan tak dapat diulang lagi + mencipta kenangan baru pada pendapat saya dapat membuatkan kita 'melupakan' kenangan lama yang pernah kita lalui.

Jadi, hentikan rasa sedih bila mengingatkan kenagan. Ubah ia jadi satu senyuman. Kenapa mahu senyum? Senyum sebab anda telah mendapat pelajaran yang berharga dalam kehidupan anda. Pelajaran yang mungkin unik dan anda sahaja yang hadapi. Juga senyum sebab kelakar memikirkan diri anda yang mungkin tak matang atau tak dapat berfikir dengan baik di masa lalu. Oh, ya..beruntunglah..sebab dengan kenangan itu, anda kini menjadi lebih matang!

Daripada anda sedih-sedih baik kita layan lagu "Kenangan Terindah"..hehe..

Starlight.

Friday, July 1, 2011

Pengenalan

Saya starlight. Ini blog sekadar perkongsian pengalaman kehidupan. Tempat bercerita. Mungkin banyak yang membosankan. Tapi jika anda adalah someone..dan bukan anyone..anda mungkin akan beroleh sedikit-sebanyak manfaat dari tulisan saya. Mungkin secara tersirat. Sekiranya anda tak punyai banyak masa, jangan gunakan banyak masa untuk meneliti blog saya. Saya tak mahu kehadiran saya membuatkan masa anda terabai untuk perkara yang lain yang lebih penting. Kerana kehidupan di dunia itu singkat. Jadi jangan sia-siakan masa dalam kehidupan yang anda lalui sekarang. Saya suka jika anda dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang anda ada yang mungkin berkaitan dengan perkara yang sama yang saya pernah lalui atau berkaitan dengan pendapat atau idea yang sama yang saya ketengahkan. Selamat berkenalan. Terima kasih singgah.