Jam hampir pukul 1 pagi..bunyi deringan telefon buatkan aku terjaga dari tidur. Dek kepenatan, lepas Isyak tadi aku dah tidur. Ia betul-betul menganggu. Aku tak suka sangat tidur aku diganggu terutama bila aku rasa perlukan tidur yang cukup untuk merehatkan diri. Kawan sekerja minta hantarkannya ke rumah kerana kawannya masih sibuk..Masih sibuk di bar, main daun trup. Alamak, aku jadi serba salah, perlu ka aku tolong kawan aku yang aku conform baru lepas minum minuman keras dan hilang sebahagian pertimbangan di lewat malam ni untuk pulang ke rumahnya..Dalam perasaan malas bercampur rungutan, aku mengagahkan diri bangun. Em, kalau dia call lepas pukul 1 pagi dah tentu tidur aku tak terganggu kerana aku dah set telefon aku automatik off pukul 1 dan on balik waktu lain agar tak mengganggu tidur.
Sambil membetulkan niat dan mencari-cari sebab dan alasan yang terbaik untuk mengikhlaskan diri membantu, aku pun pegi la start kereta dan cari dia. Alasan paling baik untuk perbuatan aku ni, Islam ajar kita untuk bantu manusia..Tu ja alasan terbaik yang dapat aku fikirkan.
Oh, ada hikmahnya rupanya. Allah nak ajar aku sesuatu. Dari pengalaman ni aku dapat lihat bagaimana nilai seseorang manusia turun bila dia mabuk. Bila dia hilang pertimbangan lepas minum arak. Rasa marah bercampur rungutan aku bertukar menjadi rasa kasihan. Disebabkan aku kenal latar belakang dia, dan kami agak rapat sebab kami rakan sekerja, timbul rasa kasihan aku pada dirinya..Kasihan dia..belum dapat hidayah..Aku doakan kau akan dapat hidayah..Masuklah Islam kawanku.
Bagaimana agaknya cara terbaik untuk aku dakwahkannya..Aku tahu dari fitrah dalam diri dan sifat ingin tahu, terlihat keinginan kau mengenali Islam. Aku nampak ia dari pertanyaan-pertanyaan kau untuk memahami ajaran-ajaran Islam, dek persoalan-persoalan yang timbul dari amalan dan sikap kami sebagai orang Islam yang jarang kau lihat di tempatmu. Tapi sayang, aku bukan orang yang dapat menyimpulkan dakwah sehikmah yang mungkin dan sebijaksana yang mungkin untuk menarik mu kepada Islam dari jawapan-jawapan yang aku berikan kepada persoalan-persoalanmnu. Takpala, hidayah itu milik Allah..yang terbaik mampu aku lakukan mungkin adalah dengan menjadi sebaik muslim. Itu mungkin cara terbaik dakwah yang aku mampu ushakan.
Moga dirimu kan beroleh hidayah. Marilah masuk Islam. Marilah ke agama yang benar, marilah merasai ketenangan dan kedamaian menjadi seorang muslim..
No comments:
Post a Comment