Thursday, September 15, 2011

Lets become a boss


Alhamdulillah, satu demi satu nikmat yang Allah bagi. Dahulunya disangka jalan yang dipilih adalah yang terbaik, rupanya ada yang lebih baik. Setelah beberapa bulan bekerja di tanah tinggi, tak lama lagi aku akan bertukar kerja ke kawasan tanah rendah. Kali ni lebih jauh dari tempat sekarang, untuk aku pulang ke kampung. Memikirkan untuk kebaikan masa depan dan tawaran yang menarik. Aku buat keputusan untuk bertukar.

Alhamdulillah, akan bertambah lagi pengalaman aku. Bagaimana pula agaknya cabaran di tempat baru nanti. Dah tentu setiap tempat akan ada cabarannya tersendiri bukan. Harapnya tempat itu tak membosankan.

Aku jenis tak suka buat keja yang sama sahaja tanpa sebarang perkembangan. Maksudnya dari segi perkembangan ilmu, perkembangan dan peningkatan kemahiran..pertambahan pengalaman dan lain-lain.

Perasaan aku sekarang? Teruja, seronok..memikirkan tawaran yang lumayan, mungkin.hehe..Apa-apa pun, aku pasti tanggungjawab yang akan perlu aku pikul adalah lagi besar.

Oh, ya. Masa belajar Intro. to Business Management dulu, aku ada belajar berkenaan satu teori kepuasan tak silap. Ia berkaitan apa yang boleh memberi kepuasan atau kegembiraan pada seseorang pekerja.

Ada pekerja suka bila diberikan gaji lebih, ada pekerja suka bila diberi tanggungjawab, ada pekerja suka diberi ganjaran percutian..

Untuk aku..gaji lebih tu dah tentula, maklumla di zaman kos hidup yang makin meningkat ni..harga barang naik..minyak naik..nak bayar tol..tax..dan lain-lain lagi.hehe..

dan lagi satu yang memberi kepuasan atau keseronoka pada aku adalah bila diberi kepercayaan untuk memegang satu tanggungjawab. Maksud aku, tanggungjawab untuk memimpin satu kumpulan untuk capai satu target atau task.

Ya, tanggungjawab bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main. Ia sesuatu yang akan ditanya di akhirat nanti. Em, keseronokan dan kepuasan bagi aku bila diberi tanggungjawab memimpin adalah kerana, hanya dengan kita memimpin, kita akan dapat menyelia orang-orang yang bekerja dengan kita dan suasana sekitaran kerja kita supaya mengikut apa yang kita suka. Oh, apa yang kita suka bukan bermaksud ikut suka hati kita. Apa yang kita suka dah tentu berpandukan apa yang Allah suka. Ye la, dah tentu kita suka bila Allah suka kan.

Dengan menjadi pemimpin kita akan dapat menerapkan segala ajaran Islam dalam melaksanakan pekerjaan kepada kumpulan kerja kita. Kita boleh set schedule kerja yang menjaga membolehkan kita dan anggota kumpulan kerja kita menjaga waktu solat, kita dapat mengawal aktiviti kerja kita supaya mematuhi kehendak syarak seperti menjaga berkenaan ikhtilat..Kita dapat terapkan nilai Islam dalam anggota kerja kita seperti jujur, amanah, bertanggungjawab dan menghargai masa..

Lagi satu, bila kita jadi pemimpin, kita akan sentiasa ada ruang atau diberi ruang untuk bercakap dan untuk orang dengar apa yang kita cakap. Ha, di situ kita akan dapat gunakan peluang tu sebagai peluang untuk sampaikan dakwah. Macam setiap kali sebelum meeting, kita mulakan dengan peringatan dari al-quran atau hadis. Setiap kali ucapan diselitkan peringatan dari al-quran dan hadis..Bila kita jadi pemimpin juga, ada satu kredibiliti pada diri kita di mana sebahagian kepercayaan telah diletakkan pada kita. Kita adalah orang yang dilantik untuk dipercaya. Jadi, dah tentu orang akan cenderung untuk mengikut dan menerima nasihat atau peringatan kita. InsyaAllah.

So, kenapa taknak jadi pemimpin? Lets become a boss. =)

No comments:

Post a Comment