Sunday, September 18, 2011

Konvokesyen..Kenapa tak teruja..

*Gambar hiasan


Lagi beberapa hari nak konvo. Em, kadang-kadang terpikir..Kenapa aku tak teruja sangat ya, kenapa aku tak bersemangat sangat. Orang lain sibuk dengan tak sabar nak pergi ambil jubahnya, tertunggu-tunggu surat konvokesyen..Aku pulak rasa macam takda apa. Lagi beberapa hari nak konvo ni baru aku terasa sikit bahangnya, baru nak belek dengan lebih teliti tarikh untuk ambil jubah, ambil skrol..baru nak plan nak tinggal mana bila pegi sana nanti..

Em, ya la..seminggu dua ni aku lebih teruja, bersemangat dan tertunggu-tunggu dengan perkara lain..perkara yang aku rasa lebih besar dan lebih penting dari konvokesyen tu. Berkenaan tawaran kerja yang aku dapat tu la..aku duk sibuk risau samaada aku akan dapat tunda tak tarikh lapor diri, risau dan tertunggu-tunggu surat tawaran yang tak kunjung tiba..e-mel satu hari aku buka beberapa kali untuk tengok ada tak salinan surat tawaran yang dihantar oleh pihak berkenaan..tiap-tiap hari rasa nak cepat-cepat sampai bilik atau sampai kat tempat yang boleh reach internet semata-mata sebab nak cek e-mail..Sampai aku kecewa dan fadeup..dah malas buka e-mail dah..sampai nak keja pun takda mood sebab tak dapat hitam putih lagi dari pihak berkenaan tentang tawaran yang aku diberitahu melalui telefon sebelum tu.

Ish, mana la aku tak risau, teruja dan ternanti-nanti..tawaran tu bagi aku satu nikmat yang sangat berharga dan tak sangka-sangka..BAgi aku sangat berharga untuk masa depan aku. Kalau aku terlepas peluang ni, memang aku sangat-sangat rugi.

Alhamdulillah..akhirnya setelah berminggu-minggu aku tunggu, dapat juga la hitam-putih berkenaan tawaran tu, so dapatla aku proceed dengan resign notice..cuma nak tunggu approvement untuk penangguhan tarikh lapor diri.

Semoga Allah permudahkan urusanku dan perancangan-perancangan yang telah aku rancang.

Wokeyh, sekarang kenanaikkan mood dan semangat untuk konvo..Nak jumpa kawan-kawan lama, dapat pakai jubah konvo dari universiti penyelidikan yang antara terkemuka di Malaysia..dan nak dapatkan skrol kedua dalam hidup aku..Em..skrol ketiga menyusul lagi 6-7 tahun kot..huhu..lambat sikit sebab aku ikut 'jalan' lain sebab ada perancangan lain dan tersendiri..


No comments:

Post a Comment