Tuesday, September 20, 2011

Best Talk Dr. Muhaya


Semalam dapat download banyak talk Prof Dr. Muhaya dari salah satu slot di radio IKIM.fm..so, malam semalam dan hari ni dapat dengar talk Dr. Muhaya berkaitan banyak tajuk. Bagus talk dia. Berfalsafah, bermotivasi..dan banyak menyentuh perkara berkaitan tasawuf. Lepas dengar talk Dr. semalam rasa bermotivasi tinggi, fikiran rasa berputar-putar ligat..sampai tak boleh nak tidur.hehe..

Bagus pendekatan Dr. Muhaya. Actually dia nak ajak kita mendekati Allah dan memahami dan menghayati ajaran Islam sebaiknya dalam kehidupan kita. Banyak juga la teguran secara tak langsung dan pengajaran yang aku dapat dari talk dia.

Disedarkan dan diingatkan tentang sifat-sifat mazmumah yang tak patut ada dalam diri, diingatkan tentang sifat redha dan lain-lain.

Antara yang aku rasa nak kongsikan adalah tentang apa yang Dr. kata, jangan gali kubur..

jangan gali kubur sendiri..jangan gali kubur orang lain..

Dr. bayangkan satu cerita sebegini..Bayangkan kubur yang ditanam mayat berpuluh tahun..berbelas tahun..kemudian kita gali dan ambik mayat tu jual..macam mana kita rasa..tentu kita rasa perbuatan tu sangat teruk..

Dr. gunakan cerita tu sebagai tamsilan..kesilapan lama, kegagalan lama, kesalahan lama..tak perlu diungkit lagi..tak perlu diingat-ingatkan lagi..yang dah berlalu beberapa tahun lepas, kenapa mesti nak diingatkan dan diungkitkan lagi..hanya menyebabkan berterusannya rasa sedih, rasa bersalah..berterusan..menyebabkan kita tak dapat jalani hidup sebaik mungkin..mungkin menganggu prestasi kita..yang dah lepas, lepas..kalau orang da berubah sekarang, tak perlu nak diungkitkan lagi kesilapan dan kesalahan lamanya, terima dirinya yang baru.

Kalau kita sedang mengejar kejayaan, tak perlu kita nak berkeluh kesah dan tak yakin diri lagi disebabkan kegagalan lama, ambil sebanyak mungkin pengajaran, then teruskan pecutan ke arah kejayaan.

Dr. kata 3M yang kita kena elakkan..iaitu Mengeluh, Menyesal, Merungut..menyesal dengan dosa boleh, tapi bukan bermaksud menyesal tak sudah-sudah..Allah Maha Pengampun.

Wah, a lot of motivation can get from Dr. Muhaya talk. Saya doakan Dr. Muhaya panjang umur dan dapat terus istiqamah dalam usaha dakwahnya.

Dari talk Dr. Mohaya..terasa nak beli buku ringkasan Riyadhul Solihin oleh ustaz Zahazan dan buku perbahasan kitab al-Hikam.

Boleh dengar talk Prof Dr. Muhaya kat link IKIM ni.

Sunday, September 18, 2011

Konvokesyen..Kenapa tak teruja..

*Gambar hiasan


Lagi beberapa hari nak konvo. Em, kadang-kadang terpikir..Kenapa aku tak teruja sangat ya, kenapa aku tak bersemangat sangat. Orang lain sibuk dengan tak sabar nak pergi ambil jubahnya, tertunggu-tunggu surat konvokesyen..Aku pulak rasa macam takda apa. Lagi beberapa hari nak konvo ni baru aku terasa sikit bahangnya, baru nak belek dengan lebih teliti tarikh untuk ambil jubah, ambil skrol..baru nak plan nak tinggal mana bila pegi sana nanti..

Em, ya la..seminggu dua ni aku lebih teruja, bersemangat dan tertunggu-tunggu dengan perkara lain..perkara yang aku rasa lebih besar dan lebih penting dari konvokesyen tu. Berkenaan tawaran kerja yang aku dapat tu la..aku duk sibuk risau samaada aku akan dapat tunda tak tarikh lapor diri, risau dan tertunggu-tunggu surat tawaran yang tak kunjung tiba..e-mel satu hari aku buka beberapa kali untuk tengok ada tak salinan surat tawaran yang dihantar oleh pihak berkenaan..tiap-tiap hari rasa nak cepat-cepat sampai bilik atau sampai kat tempat yang boleh reach internet semata-mata sebab nak cek e-mail..Sampai aku kecewa dan fadeup..dah malas buka e-mail dah..sampai nak keja pun takda mood sebab tak dapat hitam putih lagi dari pihak berkenaan tentang tawaran yang aku diberitahu melalui telefon sebelum tu.

Ish, mana la aku tak risau, teruja dan ternanti-nanti..tawaran tu bagi aku satu nikmat yang sangat berharga dan tak sangka-sangka..BAgi aku sangat berharga untuk masa depan aku. Kalau aku terlepas peluang ni, memang aku sangat-sangat rugi.

Alhamdulillah..akhirnya setelah berminggu-minggu aku tunggu, dapat juga la hitam-putih berkenaan tawaran tu, so dapatla aku proceed dengan resign notice..cuma nak tunggu approvement untuk penangguhan tarikh lapor diri.

Semoga Allah permudahkan urusanku dan perancangan-perancangan yang telah aku rancang.

Wokeyh, sekarang kenanaikkan mood dan semangat untuk konvo..Nak jumpa kawan-kawan lama, dapat pakai jubah konvo dari universiti penyelidikan yang antara terkemuka di Malaysia..dan nak dapatkan skrol kedua dalam hidup aku..Em..skrol ketiga menyusul lagi 6-7 tahun kot..huhu..lambat sikit sebab aku ikut 'jalan' lain sebab ada perancangan lain dan tersendiri..


Saturday, September 17, 2011

Management fun..but..


Memenatkan juga bila nak handle pekerja di bawah kita. Penat otak. Hingga boleh membawa kepada penat badan juga mungkin. Its ok la. Aku masih hijau lagi..masih baru lagi..ini yang aku perlu hadapi untuk kutip pengalaman dalam bidang pengurusan.

Kerja di bidang aku sebenarnya tak melibatkan sangat bidang pengurusan ni. Aku boleh kerja di lab dan buat kerja aku ja. Tapi bila ditempatkan di satu position sebegini, di samping melaksanakan kerja aku, aku juga perlu belajar dan melaksanakan kerja-kerja pengurusan. Advantage untuk aku, sebab pengalaman ni penting untuk perkembangan kerja aku nanti.

Bagi kebanyakan orang macam aku, yang tak berpeluang nak jadi YDP ka..ketua persatuan-persatuan ka di university, sebenarnya ada kita belajar management masa kita jadi ketua kumpulan untuk group assignment kita. Bagi yang tak berapa berpengalaman sangat macam aku dulu, nak manage group member pun pening kan. Dengan pelbagai kerenah manusia yang kita nak hadapi. Itu satu hal, mungkin ok lagi sebab yang kita manage tu orang-orang yang same education level macam kita, ini aku hadapi situasi baru..Nak manage pekerja yang background nya bukan student university..Buruh asing..Buruh local..I think almost totally different type of management activity yang kita kena buat. Well, Alhamdulillah..bertambah pengalaman aku. I take any of my mistake here in making decision in managing workers as valuable experience and knowledge for better management in future.

Alhamdulillah..dapat tawaran kerja lain yang tawarkan benefits yang lebih baik dan berlipat kali ganda. I decide to accept that offer. That day when I got the news, I discuss la with my father..I said after this I will not doing management things like here again, I will not get management experience like here... Then my father said..Em..well..There..you will learn other type of management thing. You akan belajar manage SPM level, diploma level and degree level punya peope..Oh..that must be lebih memningkan kepala..But its ok la..I rasa macam tak sabar pulak nak rasa experience baru di sana. Increase kan I punya experience..so that..increase kan I punya value in carier also..InsyaAllah..

Today and this several days..Penat and pening kepala sikit..My supervisor cuti..SAya kena ganti dia untuk task sebagai Farm Manager also..But its ok la..Seronok juga..Dapat practice teori-teori management yang I ada belajar sikit-sikit masa belajar Intro to Business Management dulu, teori-teori dan management skill yang I pernah baca dalam beberapa buku sebelum ni dan try apply practically maklumat human psikoogi yang saya pernah baca sebelum ni..Management fun, but sometimes a little bit tired la..Hadapi kerenah people.

Just sharing..

Thursday, September 15, 2011

Lets become a boss


Alhamdulillah, satu demi satu nikmat yang Allah bagi. Dahulunya disangka jalan yang dipilih adalah yang terbaik, rupanya ada yang lebih baik. Setelah beberapa bulan bekerja di tanah tinggi, tak lama lagi aku akan bertukar kerja ke kawasan tanah rendah. Kali ni lebih jauh dari tempat sekarang, untuk aku pulang ke kampung. Memikirkan untuk kebaikan masa depan dan tawaran yang menarik. Aku buat keputusan untuk bertukar.

Alhamdulillah, akan bertambah lagi pengalaman aku. Bagaimana pula agaknya cabaran di tempat baru nanti. Dah tentu setiap tempat akan ada cabarannya tersendiri bukan. Harapnya tempat itu tak membosankan.

Aku jenis tak suka buat keja yang sama sahaja tanpa sebarang perkembangan. Maksudnya dari segi perkembangan ilmu, perkembangan dan peningkatan kemahiran..pertambahan pengalaman dan lain-lain.

Perasaan aku sekarang? Teruja, seronok..memikirkan tawaran yang lumayan, mungkin.hehe..Apa-apa pun, aku pasti tanggungjawab yang akan perlu aku pikul adalah lagi besar.

Oh, ya. Masa belajar Intro. to Business Management dulu, aku ada belajar berkenaan satu teori kepuasan tak silap. Ia berkaitan apa yang boleh memberi kepuasan atau kegembiraan pada seseorang pekerja.

Ada pekerja suka bila diberikan gaji lebih, ada pekerja suka bila diberi tanggungjawab, ada pekerja suka diberi ganjaran percutian..

Untuk aku..gaji lebih tu dah tentula, maklumla di zaman kos hidup yang makin meningkat ni..harga barang naik..minyak naik..nak bayar tol..tax..dan lain-lain lagi.hehe..

dan lagi satu yang memberi kepuasan atau keseronoka pada aku adalah bila diberi kepercayaan untuk memegang satu tanggungjawab. Maksud aku, tanggungjawab untuk memimpin satu kumpulan untuk capai satu target atau task.

Ya, tanggungjawab bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main. Ia sesuatu yang akan ditanya di akhirat nanti. Em, keseronokan dan kepuasan bagi aku bila diberi tanggungjawab memimpin adalah kerana, hanya dengan kita memimpin, kita akan dapat menyelia orang-orang yang bekerja dengan kita dan suasana sekitaran kerja kita supaya mengikut apa yang kita suka. Oh, apa yang kita suka bukan bermaksud ikut suka hati kita. Apa yang kita suka dah tentu berpandukan apa yang Allah suka. Ye la, dah tentu kita suka bila Allah suka kan.

Dengan menjadi pemimpin kita akan dapat menerapkan segala ajaran Islam dalam melaksanakan pekerjaan kepada kumpulan kerja kita. Kita boleh set schedule kerja yang menjaga membolehkan kita dan anggota kumpulan kerja kita menjaga waktu solat, kita dapat mengawal aktiviti kerja kita supaya mematuhi kehendak syarak seperti menjaga berkenaan ikhtilat..Kita dapat terapkan nilai Islam dalam anggota kerja kita seperti jujur, amanah, bertanggungjawab dan menghargai masa..

Lagi satu, bila kita jadi pemimpin, kita akan sentiasa ada ruang atau diberi ruang untuk bercakap dan untuk orang dengar apa yang kita cakap. Ha, di situ kita akan dapat gunakan peluang tu sebagai peluang untuk sampaikan dakwah. Macam setiap kali sebelum meeting, kita mulakan dengan peringatan dari al-quran atau hadis. Setiap kali ucapan diselitkan peringatan dari al-quran dan hadis..Bila kita jadi pemimpin juga, ada satu kredibiliti pada diri kita di mana sebahagian kepercayaan telah diletakkan pada kita. Kita adalah orang yang dilantik untuk dipercaya. Jadi, dah tentu orang akan cenderung untuk mengikut dan menerima nasihat atau peringatan kita. InsyaAllah.

So, kenapa taknak jadi pemimpin? Lets become a boss. =)