Tuesday, March 19, 2013

Roti canai, teh tarik dan cameron highland

Pagi yang sejuk di kedah ari ni. Makan roti canai dan teh tarik dalam suasana ni mengingatkan saya kenangan makan sarapann yang sama di brinchang, cameron highland..kawasan restoran berhadapan dengan shell.

Bila hirupmteh tarik, asap atau wap akan keljar dari mulut kita.

Monday, March 18, 2013

Derma Darah

Ari ni kali kedua derma darah. Buat muka tak takut dan tunjuk berani.

Kali ketiga kot kena cucuk jarum besar yang untuk ambik darah tu. Sakit biasa2 ja.

Steady..steady..then rasa macam penat pulak. Em, macam kita yang dah lama tak belari merentas desa, tiba2 arini kita paksa diri kita untuk maintain lari laju waktu merentas desa tu..sampai satu masa, rasa macam nak muntah..cuba tahan dengan batuk2..then risau termuntah, bagitau la kat doktor tu, nak muntah. Dia pun stop proses menderma tu. Alamak, kurang pahala menderma arini.hehe

Diorang kata tak sesuai kot. Takpun sebab aku banyak tengok kiri kanank depan belakang..he..diorang tanya pening tak, aku kata tak, sebab tak pulak rasa sakit kepala atau raa goyang2 penglihatan aku.

Oh..tak cukup 150ml darah yang aku derma.

Em, oklatu. Moga berguna la utk sapa2 yang nak guna darah nanti.he.

Friday, March 15, 2013

Penyata KWSP

Lecehnya bila aa sesetengah urusan perlukan kita dapatkan penyata KWSP dari pejabat KWSP..lagi2 bila pejabat KWSP pun buka ikut hari dan masa sama dengan waktu kita bekerja.

Tambahan pula bila pejabat KWSP ke tempat keja ambil masa sejam jarak perjalanan..

Alhamdulillah..kerja di Kedah, dan tinggal dekat dengan Perlis. Bila hari jumaat (di Kedah cuti), pegi pejabat KWSP di Perlis.

Hari ni terus mintak no pin untuk buat urusan KWSP online. Lepas ni print dari online ja penyata KWSP.

Tuesday, March 12, 2013

Pengalaman Anak Sulung

Alhamdulillah, Allah izin untuk rasa pengalaman ada anak.

Dapat rasa pengalaman betapan Maha Berkuasanya Allah menciptakan kejadian manusia.

Dapat pengalaman berjaga malam bersama anak, bila anak bangun nak susu.

Umar kuberi nama, tarbiah dari sifat Saidina Umar..dalam ketegasan dan kekuatan, ada kelembutan..jangan sesiapa berani mempermainkan perintah Allah, Umar sedia mempertahankan agama Allah..Umar abid yang sangat taat, sangat mengabdikan diri kepada Allah..

Bak lagu..siangnya bagai singa..mempertahankan agama Allah..malamnya air mata berjujuran mengharapkan redha dan keampunan Allah..

Umar..kau harapan..kau bakal pejuang agama..kau kan teguh mempertahankan agama..

Moga redha Allah sentiasa bersama Umar..

Hakim..sebagai menambah harapan sifat kebijaksanaan kepadamu.

Syukur ya Allah atas nikmat diberi.

Naik flight

Baru sampai airport Alor Setar. Tengah tunggu orang datang ambik. Dalam flight teringat movie latest tentang kapal terbang yang terhempas tapi kapten kapal terbang tu berjaya landing kapal terbang dengan selamat dan kurang orang mati, lupa tajuk movei tu..best gak.he..tapi elok part awal tu jangan tengok.bedosa.

Dalam duk fikir2 tu..teringat, kalau aku mati time tu da besedia ke aku untuk mati? Dosa aku macam mana? Amal ibadah aku macam mana? Taubat aku macam mana?

Last2, aku mengharap aku belum mati lagi..belum besedia.huhu..ya Allah ampunkan dosaku, terimalah taubatku..

Sunday, February 19, 2012

Nasib orang baru.


Nasib orang baru

Ditolak-tolak

Ditarik-tarik

Bergerak-gerak

Bolak-balik

Ke sana

Ke sini

Sekali lihat

Rupa bola


"Takkan selamanya begini?"


Kenapa teruskan begini

Tradisi?

Lumrah?

Berhenti.


Nasib orang baru

Jangan lari

Tegak berdiri

Hadapi

Teguh

Cekal

Tabah

Gagah


Tunggu

Jangan perlakukan begitu


Tunggu


Pasti


Cabaran dihadapi

Benteng disempadani

Teguh, kukuh


Orang baru takkan begitu lagi

Pasti.

Monday, January 16, 2012

Merindu

Merindu pada yang tak dapat digapai,

Merindu pada yang tak dapat disentuh,

Merindu pada yang tak dapat ditatap,

Merindu pada yang tak dapat diketemu,

Moga rindu itu tak melalaikanmu,

Moga rindu itu tak melupakanmu pada Allah dan Rasul,

Fitrah insani..

Merindu..


..mawar berduri.